Friday, August 13, 2010

Penat!!!


Penat nye harinie.. Semuanye gara2 adik nak madu nak buat nasi ayam..
I siap google lagi menda alah ni kat opis..ishk..2
Cari kat cold storage ngan Isetan takder..(dekat ngan tempat keje..Ingatkan ada..)

menyesal balik lambat..terpaksa berebut kat lrt..dah la hari Jumaat & ramai giler umat manusia.. sure la kene berdiri..kaki dah kebas.. tulang2 belakang pun sakit..

Last2 gi cari kat pasarraya dekat rumah..ada pun..Amik ko 4 botol lagi akak ko beli..

Kesimpulannye tak mau balik lambat lagi..
ok ler...nak berbuka daa.. Selamat berbuka puasa semua...

Wednesday, August 11, 2010

Perlukah Memilih



Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…




Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….



Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Salam Ramadhan -1431H/2010


Wish all our Muslim Friends and every Muslim in the world,


"Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarrak" !!!

Niat puasa/berbuka puasa


Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”
[Hadith riwayat Al-Bukhari, #37; http://hadith.al-islam.com]

p/s:: Jangan curi2 makan yer..

Tuesday, August 3, 2010

Big Apple Donuts & Coffee


Di pagi Isnin yang membosankan.. sambil buka FB tapi takde ape nak update.. Tiba2 dapat notification from Big Apple Donuts & Coffee... Oh tiba2 mood berubah ceria sungguh... =)


Big Apple Donuts & Coffee comment::> Congrats, Nur Amalina Hussin! You're this week's BADC Facebook Fan of the Week! ;p
Tak percaya..betul betul tak caya...Terus buka Big Apple Donuts & Coffee's FB..nampak gamba dah jadi profile picture...

Lagi comment daripada Big Apple
Big Apple Donuts & Coffee ::>This week of Fan of the Week is Nur Amalina Hussin (http://bit.ly/dkfIHU)! Amalina's Donashi photo is so coulourful and definitely has caught our eye! Got a photo that might catch our eye? Post a photo of you with our products on our wall and we'll choose one fan's photo to be our profile picture each week!


terus amik hp sms June..
Lin >> June, pic kita terpilih.. jadi Fan of the week.. big apple
June >> Dear I dah like big apple status td hehe bravo congrats. kalo dia bg voucher best gak
Lin >> Ok jugak kalo camtu..tapi takde la..


Ape2 pun thanks and Congrats to Cik Zira & Cik June..tanpa korang gamba nie takder.. =)


Gamba yg dipostkan ke Big apple wall...