Friday, January 28, 2011

Atasi kepenatan cara Islam

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah sallahu alaihi wassalam kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :
Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah sallahu alaihi wassalam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda sallahu alaihi wassalam pergi menemui puterinya serta menantu itu.

Baginda sallahu alaihi wassalam berkata:
Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur:
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."


Inilah penawar ringkas yang Nabi sallahu alaihi wassalam ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah sallahu alaihi wassalam ini.
Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Tips ini dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , InsyaAllah ia mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah sallahu alaihi wassalam)
Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasuNYA, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

source: http://shahril.blogdrive.com/archive/cm-1_cy-2011_m-1_d-12_y-2011_o-10.html

Tuesday, January 18, 2011

Baby Name !!!

Yeah!!Yeah!!!!


Finally dah ada nama for my baby..
InsyaAllah nama nie akan kekal kalo tak de bantahan dari sesiapa..terutama atok ngan nenek baby nie..

Nama Baby ::: M.A.R :::

Kenapa M.A.R..hiihi.. surprise ler!!! tunggu baby kuar baru leh tau full nama..
Sebelum tu pe kata uols teka teki dulu..

Jom layan gambar baby kat sini. I suke sangat...nak wat camnie juga leh tak??

one of fav picture..sweet kan?

Wednesday, January 12, 2011

Hospital List - Bag Mommy, Daddy & Baby

Akhirnya jumpa checklist nie.. Thanks kat one of blogger.. I lupe ape url nya..Nanti I jumpa I post kat sini erk...

MOMMY'S
1. Rekod Kesihatan Ibu
Monthly-checkup card a.k.a kad merah
2. Kad Pengenalan
3. Handphone & charger
4. Baju butang depan - 1 helai
Untuk dipakai waktu discharge dari hospital. Butang depan supaya senang untuk breastfeed baby
5. Stokin - 2 pasang
6. Kain batik - 1 helai
Utk discharge dari hospital
7. Tudung
8. Towel & toiletries
9. Bahan bacaan
10. Maternity pad & disposable briefs
11. Selipar
Untuk dipakai ke tandas
12. Air/minyak selusuh
13. Minyak angin / minyak panas
Boleh disapu di kaki sebelum memakai stokin untuk mengelakkan terlalu sejuk
14. Air zam zam
15. Foods & drinks
Air masak, air kotak, milo, biskut, roti etc.
16. Termos air panas
17. Beg plastik
Untuk diisi baju kotor
18. Sikat, deodorant, cermin muka, getah rambut, tisu dan yang sewaktu dengannya
19. Nursing bra & nursing pad
20. Breast pump
Boleh digunakan untuk merangsang pengeluaran susu. Tapi sebaik-baiknya bagi baby yang rangsang
21. Sweater
22. Beg khas
Untuk bawa pulang uri yang telah dibungkus oleh pihak hospital


DADDY'S
1. Kamera & charger
2. Shirts, pants, & undergarments
3. Berus gigi
Toiletries lain boleh kongsi dengan isteri
4. Kain pelikat
5. Snacks

BABY'S
1. Newborn-sized diapers - 10 keping
2. Baju, mittens, booties - 3 pasang
3. Topi
To keep baby feeling secured and warm
4. Barut - 3 helai
5. Kain bedung
6. Selimut
7. Towel & toiletries
8. Baby wipes
9. Minyak telon
To keep baby warm
10. Burp clothes

Friday, January 7, 2011

Ber'SR' bersama x-Sbpo..

6 hari selepas new year.. tiba2 jer nak makan Secret Resepi cake (Oh org pregnant memang kuat makan kan..leh diamaapkan \(*_*)/)...

bersama Cik Kiwi, Cik Turtle and Cik Tikus Belanda

Kenapa I suke 'SR' erk?? ntah la...

Saturday, January 1, 2011

~1.1.11~

Good Bye 2010... and Welcome 2011


Terasa cepatnya masa berlalu.. dah masuk 2011 pun.. Ape New Year Resolution korang.??
and camner last year punya resolution..??

Tahun nie kalo boleh semua nak serba serbi..Aci tak???

BaBy bArU.. RuMah BarU... BajU baRu..
LakI je tak leh BaRu yer..