Wednesday, February 23, 2011

Tukar Hospital...

Sedih... Sedih... Sedih

Apa yang sedihnya bile terpaksa menukar hospital di saat akhir nie... dah 8 bln ok.. harap2 ada ler hospital yang boleh terima ibu mengandung nie..

Dugaan tol terpaksa pilih hospital di saat saat camnie.. ermmmm..

So far ada 3 hospital...
  1. Hospital Pantai, Cheras
  2. Al-Islam Specialist Hospital
  3. Hospital Pusrawi

 Yang mana pilihan hati erk!!!

Oppps lupe cakap kenapa kene tukar -- Semua nya pasal GL aka Guarantee Letter(bukan gomen je pakai tau..swasta pun ada)..
Disebabkan UKMSC dah tak de dalam list hospital, I dengan berat hati terpaksa terima...
Rasa sayang pula kalo tak amik Maternity Care yang company dah bagi nie.. rugi tau..

Buat doctor : Prof. Madya Dr. Ahmad Zailani Hatta Mohd Dali

"Thanks yer doc.. layan I ngan En Naie yang banyak kerenah nie.. "

Thursday, February 17, 2011

Tanda Tanda Bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
  • Keluar Lendir Pekat/Berdarah
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu


Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam.
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.



Source (sila click kat bawah)
hamil.mustaffa
metromaternity
Mr Google

Wednesday, February 16, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H

Salam Maulidul Rasul
آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ


"Ya Allaah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan"


Sumber : http://al-syahidah.blogspot.com/2009/03/fadhilat-selawat-ke-atas-nabi-muhammad.html

Sunday, February 6, 2011

Baby Shower aka Mandikan Bayi..

Baby Shower = Party for a pregnant woman: a party given by the women friends of somebody who is pregnant, at which she is given presents for the baby..
Ni la maksud Baby Shower...bukan Mandikan Bayi yer...

Special thanks yg tak teramat kat my friends yang organize Baby Shower nie.. Walaupun kecil kecilan uols memang hebat la...
Thanks  Non, Bett, Abel, Ajune dan Zira.. Zira and Non Husband...tak ketinggalan si kecik Najla..

Apa apa pun tak mau tulis panjang..Jom layan gambar yang diedit oleh Cik Bett..
Bett, I curi dari ur FB yer..hehe(mood malas edit!!!)



Ajune !!!
Non & Husband !!!
Zira & Husband !!!
Abel and Najla !!! Smile =)
Bett !!!
Si Kecik Najla.. Syyyhhhh dia tgh tido tu..
:
:
:
:
:
:
:

Yang last nya pasti la gambar I ngan En Naie..

Dan yang bestnya I dapat kek napkin, door gift, coklat cake sedap and coklat pink biru yg sweet...
Sweet kan.. I sukeee sangattt..

Friday, February 4, 2011

Pizza in making & BBQ

Setelah 3 hari duk kat rumah.. Kitaorg yang tak tahu nak buat pe nie pun plan la nak buat makan-makan..
Mama yg kuat makan nie tak kisah...janji perut kenyang..huhu

Ni la hasil nya.. Pizza dan bbq.. Seharian kenyang tau...

Pizza
nie pizza nyer roti..tepi tu kitaorg letak chesse.. tu sebab kembang..

process membuat pizza..


Tadaaaaa.. Ni la hasil nya.. Habis kene bedal masa minum petang.. Licinnnnnnnn ;)



BBQ
Malam nya kitaorg buat bbq.. Ada ikan patin, ikan talapia, udang dan ayam...



Gambar ikan takde..semua org kenyang.. sampai lupa nak amik gamba ikan.. Kecian Ikan kan..kan..

Thursday, February 3, 2011

Happy Birthday Alang!!

Happy Birthday ke 21 tahun buat Adikku,
Mohd Iqbal Hussin

Semoga berjaya dalam hidup dan akhirat... dan mencapai apa yang dihajati...