Tuesday, December 18, 2012

Renungan Buat Ibu Ayah

As Salam

 Renungan bersama tuk semua Ibu Ayah... ;)



 1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

 2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

 3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak...
Sabda Rasulullah s.a.w.“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)

 4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

 5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

 6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

 7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

 8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

 9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

 10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

 11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

 12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

 13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

 14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

 15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

 16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

 17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

 19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

 20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

 21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

 22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

 “Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi




Monday, December 17, 2012

Aqeel Dengan Kiskis

As Salam

Cerita Aqeel malam Ahad..

Aqeel : Mama.. Nak kiskis..
Mama : (muka pelik) Apa tu Aqeel??
Aqeel : Mama nak kiskis ( banyak kali gak Aqeel cakap..mama tak faham gak)

Aqeel : Mama nak kiskis.. Sambil tunjuk kat atas almari...
Mama : Larrrrrrr... Ni rupanya yang Aqeel nak.. Aduii pening mama fikir menda tu kiskis..



Uols, kalo ada anak2 nak kiskis.. Cari la menda ni









Muka happy dapat kiskis aka kismis!!!

Saturday, December 1, 2012

Pulau Pangkor, Perak

As Salam...


First time ke Pulau pangkor dengan hubby & Aqeel..

First time Aqeel naik feri.. Happy sangat dia.. Sampai tak nak duduk...







Wednesday, November 28, 2012

New look.. OK tak..?? ;)

As Salam..

Nak tukar layout blog lama ke yang baru..

new look.. lum siap lagi, akan di update dari masa ke semasa



old look.. i suke bunga2 kat background tu :)



Macam kehidpuan jugak.. yang lama berganti baru.. blog pun kene update jugak kan.. 
Banyak lagi entry teperam yang nak kene update ni.. 
InsyaAllah akan buat sikit demi  sedikit... (kalo ada masa free..hihi)



Wednesday, November 14, 2012

Doa Tahun Baru.. Maal Hijrah 1434..

As Salam,


Selamat menyambut Maal Hijrah 1434 untuk semua umat islam di seluruh benua..

Semoga tahun baru akan lebih bermakna dari tahun sebelum nya..

Aminn...

Click tuk besarkan


Azam tahun baru.. ermmm ermmm ape erk!! lum fikir lagi nie..
Tambah baby pun okay gak kan?? hihihi..

InsyaAllah ;)

Saturday, November 10, 2012

Nak Pilih Yang Mana??

As Salam..

Aduii susah sangat nak buat pilihan... mata pusing pusing dah.. Uols layan je kan yer... ;)


Yang nie bulat bulat

Macam macam bentuk... 

Wah.. tambah pusing pusing lagi..hehe

Yang ni pun semua suka!!!!

Oh Jam.. kenapa semua nya cantik???



Kalo camni kan.. memang tak mampu pilih dah... ni namanya :


RAMBANG MATA!!!

okay!

Last last satu pun tak beli..huhu


Friday, November 9, 2012

Istanbul Aku Datang!! Comel Giler...

As salam,

Harini.. Jumaat, 9 Nov 2012... Situasi di office,

Si A : Weh.. Harini I tak lunch.. bosan giler harini..
Si B : Bistu nak wat ape?
Si A : Wayang jum!!!

Si B and me... Sambil pandang pandang...dah lama tak buat keje camni time lunch hour..
Si B and Me : Ok jum!!!

Setelah semak jadual kat TGV, ada 2 movie yang menarik minat.. 'Istanbul Aku Datang' and 'TED'
Setelah fikir fikir... chiat chat jap.. tengok google lagi.. kitaorg decide nak tengok Istanbul Aku datang.. I pun dah lama tak tengok cerita melayu ni...

"Grand Brilliance dan Red Films mempersembahkan sebuah filem arahan Bernard Chauly. Dibintangi oleh Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok dan Aizat."


Beto Kusyairy 
..bila hidup dah sebati , memang susah nak dileraikan ... "

Lisa Surihani

Tomok 


Jangan lupa ye gi tengok cerita ni!!!



Oh pada peminat Aizat.. dia pun ada gak.. comel!!!
Aizat




Tak rugi gi tengok.. I suke semua baju2 yang lisa pakai.. ala ala korean uols...So sila la bawa pakwe..husband..abah..mak..anak.. semua la.. layan cerita best ni :)

Layan jap cerita ni kat sini :- 

Jangan lupa ayat ni... ..bila hidup dah sebati , memang susah nak dileraikan ... 

Tuesday, November 6, 2012

Lelaki dan Memasak! Fakta Okay!

FAKTA SEBENAR LELAKI

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la.
~ Yang ni tak payah ajar semua lelaki pandai

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…
~ Kalo gi rumah bujang... gi la tengok dapur dulu..

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah… bukan main bising lagi.
~ betol betol betol.. Macam nak roboh dapur tu

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu, sambil isap rokok plak…
~ Sedap kot ada perasa tambahan ;)

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga meggi. Tak ketinggalan jugak kicap masin…
~ Normal!!

• Jika seorang lelaki yg rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat…cepat sikit masak.
~ Haha.. yang ni kurang pasti..

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri…
~ Seni nie...

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita..
~ Betul la sangat tu...

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti buleh amik hati pasangan
• Buang tebiat…

Walaupun begitu, chef chef terkemuka dunia masih terdiri daripada kaum lelaki.. :)
~ Memang tak dinafikan lagi :) ~


Sumber : Jumpa kat FB.. ;)

Monday, October 22, 2012

Bila Harga Rokok Naik!!! 20 sen..

As Salam semua...

Rasanya ramai yg tahu.. Mulai esok harga rokok naik kan..kan...
Kalo tak tau baca bawah nie...



Harga Rokok Naik Mulai Isnin
KUALA LUMPUR: British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Oktober 2012.
"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.
"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.
Harga baharu rokok, bermula Isnin, 22 Oktober 2012, adalah seperti berikut:
Rangkaian DUNHILL RM10.20
Rangkaian KENT RM10.20
Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70
Rangkaian PALL MALL RM8.70
PALL MALL Biasa RM10.60
BENSON & HEDGES RM10.20
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60

    Ermmmm.. Abah Aqeel sila la sedar diri.. Sekotak 20 sen.. Kalo kumpul2 leh li mainan aqeel kan kan ;)
    I pernah post pasal merokok kat SINi.

    So katakan "Tak Nak!!!"

    Sunday, October 21, 2012

    Mee Ketam, Shah Alam.. sedap!!

    As Salam...

    Pernah dengar pasal Mee Ketam Shah Alam.
    Dah lama nak makan kat sini.. Tiap kali datang Shah Alam mesti lupa nak makan kat sini..hehe

    Dengan cuaca yang sejuk.. Redup.. Sedap sungguh pekene Mee Kari Ketam..

    Lokasi kedai : no 11 kompleks anjung 7, jalan zirkon B 7/B, seksyen 7, 
    40000 Shah Alam Selangor 

    Pilih pilih nak menu apa..

    Aqeel pilih tuk Mama yer..


    Sup ketam.. Mama makan dengan Aqeel.. Harga tak salah RM 6


    Ni Mee kari ketam nipah.. Harga ikut gram yer


    Kesimpulanya.. Memang sedap.. Ketam lembut.. Sup dan kari pun sedap.. Lain lain uols nilaikan yer.. Tak salah pun cuba ;) 

    Source : meeketam

    Thursday, October 18, 2012

    Tak Boleh Marah Lah??

    As Salam...



    Marah niii..




    MARAH sangat...!!!!!!!!!!!







    Tapi..






    Camner nak marah kalo anak uols buat muka comel camni...


    Aduiiii!!!

    Monday, October 15, 2012

    Boboiboy Di Kedai Mesra Petronas..

    Salam,

    Just nak share dengan uols.. Tanda tanda Mama ngan Abah kene spend lebih kat kedai Mesra..huhu
    Habis la kalo bawa Aqeel masuk kedai mesra kalo camni ;)




    Apa pun demi si kecik.. Mama nak beli jugak.. leh tak En Husband??

    Sumber : mymesra.com.my

    Wednesday, August 29, 2012

    Pencuri Hati Mama!!!!

    As Salam Semua,

    Buka buka FB tengok ada this picture posted by DrypersMy..
    Sape tak suke bila anak dah start kenal you dengan dan panggil u 'Ma', 'Ibu', 'Mak','Mom, 'Mama'... etc

    Btol kan...
    Source : DrypersMY


    Ni la Boy yang dah curi my heart 

    :
    :
    :
    :
    ;)

    ;)


    Sayang dia.. Si comell nie..






    Monday, August 6, 2012

    Testing!!!

    As Salam

    Ermmmm saje nak test guna blogger kat ipad... Pasni boleh la i update blog di mana mana sahaje ;)

    Layan jer gambar budak comel nie...huhu

    Thursday, August 2, 2012

    Edisi Khas Tuk Suami : Merokok Lepas Berbuka Puasa

    Awas kesan buruk merokok sebaik berbuka..



    Say 'NO' to Rokok


    Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan. 

    Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya. 





    Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan. 



    Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas. 

    Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku. 

    Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol. 

    Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. Agensi



    Sumber  : Bharian

    Wednesday, August 1, 2012

    1st Ogos 2012 :: 12 Ramadhan 1433H

    As Salam,



    Please Say YESSSS!!!



    Saturday, July 21, 2012

    Salam Ramadan 1433H/2012

    As Salam

    Alhamdullilah, Tahun ni dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ni.

    Di kesempatan ini untuk semua umat Islam, Saya dan Family nak ucapkan SelamaT Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

    Semoga ramadhan ini kita dapat merebut ganjaran pahala dengan meningkatkan ibadah kepada Allah.
    Insya-Allah.

    Sumber : Berita Harian

    Ppssssttt.. Jangan lupa niat puasa tau!!!



    Thursday, June 14, 2012

    Doa Untuk Mak Abah

    As Salam,



    SELALU MENDOAKAN IBU DAN AYAH KITA.......Aminnnn!!!

    Friday, June 8, 2012

    HB Cik Abel ~ HR Steak House lagi

    As Salam

    Lagi sekali kita makan kat HR Steak House. Sebelum ni i dah post pasal makan makan kat SINI.
    Kali ni makan sambil celebrate bday gurl yang pulang ke KL..
    Terpaksa makan berdua je sbab tak leh join pakatan untuk hari esok..huhu

    Apa2 pun Happy Birthday Cik Nabel ..



    Cupcake last minute baru beli.. Gile sibuk mama Aqeel ni ;)

    Bday Gurl.. dah 3 series kan.. cepatkan masa berlalu..

    Anak mama yang poww Abah dia.. 
    Bukan main pun mainan tu!!

    Again!! Happy Belated Birthday Aunty Abel =)



    Wednesday, June 6, 2012

    3rd Anniversery


    As Salam..

    Dengan ini saya mengumumkan.. 6 June 2012 genaplah 3 tahun perkahwinan Naie Lynn.. =)

    Hehehe siap nak announce bagai..pe la Mama Aqeel ni. 3 tahun tu lama yer uols..
    Macam macam yang kitaorg dah lalui.. suka sedih marah.. tu normal la kan ada org dah berumah tangga..
    Tapi apa yang penting .. KERJASAMA.. 

    Buat Mohd Nazri.. aka Mr Naie,

    Happy Anniversary Abg.. 
    and May ours marriage be Blessed with love,
    joy And companionship....

    Love u so muchhhh!! muahh.. muahh..!!


    Cake ni sponsor by Mines Shopping Mall ;)



    TQ pada semua wishes kat FB ;)



    Friday, May 25, 2012

    Non-Malay Perdana Menteri??

    As Salam,

    Apa pandangan uols bila non-malay jadi Perdana Menteri Malaysia??



    Fikir fikir kan la yer!!
    Sumber : theSun  22 May 2012

    Thursday, May 24, 2012

    HR Steak House, Kg Baru

    As Salam...

    Kali ni kita nak jalan jalan cari makan.. Jum pergi HR Steak House Kampung baru..
    Pernah dengar ke..???  HAAAA TAK Pernah??
    So uols adalah tergolong  dalam kategori yang sama dengan I.. Pada yang pernah sorry la I ketinggalan sikit :)

    Yes ni first time la I datang sini memang sebelum tak pernah perasan pun ada restorant ni.. sedih btol.. T_T..
    Camne nak perasan sign board dia ntah kat mana, malap je kedai nya.. Tapi restaurant sebelah tu lip lap lampu dia..
    Tak banyak pun gambar yang I amik, sibuk ngan Aqeel makan dlam gelap.. so layan jer la...


    HR Steak House.. Western Station American Food...


    Menu.. Pandai la uols besarkan yer..


    Chicken Grill

    ni apa ntah nama dia..

    Chicken Combo.. ayam..kambing ngan udang..

    yang ni pun lupa..


    Pada I makanan dia ok.. sedap.. cuma biase biase jer yer..

    Lagi satu a bit lembap yer.. lama sangat nak tunggu lap meja.. amik order.. nak sampai pun lambat.. makan pun ala ala tak cukup cahaya jer..
    Tapi lain2 tu ok jer..makanan pun murah.. so leh la cuba.. :)

    Address : HR Steak House, No. 56, Jalan Raja Alang, Kampung Baru

    Map ke HR Steak House