Syukur Alhamdulillah dah setahun 2 bulan menyusukan Aqeel.. susu masih banyak walaupun kadang2 mama makan main belasah jer... :)
Yang penting jangan stress kalo stress memang susu akan berkurang yer...
masa ni Aqeel 4 bulan.. apa fesyen ntah menyusu camni.. Tapi skrng lagi teruk..duduk la..baring la..melompat pun ada..huhuhu
Ok la jumpa baca sikit info pasal menbanyakkan susu badan ni.. Edisi khas tuk member office sebenarnya :
Terdapat beberapa
sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin
berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan
awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak
secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar
melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini
kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon
yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya
pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu
menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka
susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2
cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :
1. Susukan bayi
bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu
yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada
kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan
puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan
susu.
3. Jarak antara penyusuan
mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang
untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu.
4. Jangan lupa untuk
berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang
keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu
berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak
memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan
kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan
tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan
penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu
juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan
perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil
menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
8. Petua masyarakat kita:
·
Cekur Manis
Cekur
manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk
membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal
pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com
·
Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi protin
yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus.
Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging,
telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi
menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil
kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.Bagi
bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan
petua ini
·
Air Longan
Longan kering biasanya boleh
dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang
telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam
perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
·
Halba dan Jintan Hitam
Terdapat
beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu
badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak
atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas
bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan
appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama
15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh
diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
·
Bunga Melur
Bunga
melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan
terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat
melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun
bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi
sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat
memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini.
Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak
putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke
dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat
sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan
vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com
·
Lobak Putih
idak
perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang
kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap.
atau tambah hirisan bawang beserta garam.
·
Pucuk Betik
Air
rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang
menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang
sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali
sehari.
·
Tuaman Daun Sirih
Sapukan
sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga
layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu
badan anda banyak
·
Jantung Pisang
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan
untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan...
Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai
masak lemak cili api.
·
Makanan Tinggi CLA
Ibu menyusu yang makan makanan
tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan
kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai
kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida,
pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang didedahkan
dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut
diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding
ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap
tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi
secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak
sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan
rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap
manusia menggunakan supplement komersial.
·
Kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang
terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk
susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan
memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
·
Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
1.
Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2.
Jambu batu – makan begitu sahaja.
3.
Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau
sup.
4.
Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau
goreng.
5.
Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan
sebelum dimasak.
6.
Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti
atau cicah pada lempeng susu beroat
7.
Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8.
Barli – air atau bubur barli.
9.
Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10.
Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11.
Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
12.
Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13.
Air horlicks
14.
Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan
menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang
kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah
kalsium ya!)
15.
Teh hijau jepun
16.
Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
17.
Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi
dan membantu penghasilan susu.
18.
Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan
kacangnye sekali.
19.
Ubat homeopati.
Sumber :
www.anamarzablog.com