Thursday, August 2, 2012

Edisi Khas Tuk Suami : Merokok Lepas Berbuka Puasa

Awas kesan buruk merokok sebaik berbuka..



Say 'NO' to Rokok


Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan. 

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya. 





Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan. 



Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas. 

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku. 

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol. 

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas. Agensi



Sumber  : Bharian

Wednesday, August 1, 2012

1st Ogos 2012 :: 12 Ramadhan 1433H

As Salam,



Please Say YESSSS!!!



Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadan 1433H/2012

As Salam

Alhamdullilah, Tahun ni dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ni.

Di kesempatan ini untuk semua umat Islam, Saya dan Family nak ucapkan SelamaT Menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Semoga ramadhan ini kita dapat merebut ganjaran pahala dengan meningkatkan ibadah kepada Allah.
Insya-Allah.

Sumber : Berita Harian

Ppssssttt.. Jangan lupa niat puasa tau!!!