Sunday, September 26, 2010

12 weeks

Syukur Alhamdullilah.. Dah 12 minggu rupanya..pejam celik sekejap je 3 bulan..Dan semua nye berjalan dengan lancar.. Setakat nie masih tak de loya2 or muntah.. bersyukur sangat.. Baby baik sangat erkk...




Minggu 1

Bayi ::> Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Anda ::> Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari.
Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.

Minggu 2

Bayi ::> Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari.
Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.

Anda ::> Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium
termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

Minggu 3

Bayi ::> Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm.
Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Anda ::> Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju.
Namun terdapat beberapa jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.
(time nie cuma ada tanda2 cik P jer)

Minggu 4

Bayi ::> Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang.
Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)

Anda ::> Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti
sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan
(memang sangat kuat tido..)

Minggu 5

Bayi ::> Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan.
Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.

Anda ::>Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan
senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.
(takde senamannye..asyik nak tido jer)

Minggu 6

Bayi ::> Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi
dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk.
Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Anda ::> Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi.
Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.
(so far takde lagi)

Minggu 7

Bayi ::> Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang.
Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.

Anda ::> Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu,
jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.
(pening2 selalu sangat)

Minggu 8

Bayi ::> Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk.
Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal.
Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang.
Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Anda ::> Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif.
Lelehan faraj juga makin banyak.

Minggu 9

Bayi ::> Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Anda ::> Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami.
Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.


Minggu 10

Bayi ::> Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain
jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Anda ::> Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa.
Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Minggu 11

Bayi ::> Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang
ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Anda ::> Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan
diri jika ada kesempatan.
(Saya sangat active time nie..hahaha)


Tengok tuu.. perut dah nampak ;)

Friday, September 24, 2010

5 keping RM 1

Mesti tertnya tnya kenapa entry harinie pasal 5 ringgit.. jom kita baca...


Semalam, Otw nak ke stesen lrt KLCC, tiba-tiba ada seorang mamat lelaki tahan aku depan Boutique Coach..
"akak..akak boleh tolong tak...bla..bla..bla"(lepas tu dah tak dengar ape dia cakap..laju gile dia bercakap).
aku pun tnya la balik.. "Kenape ye??"
tuk kali ke-2
"akak..akak boleh tolong tak...bla..bla.."(memang tak dengar ape dia cakap..laju betul dia bercakap).
Aku blurr..& cuba buat muka pelik.. Agaknye dia faham, baru dia cakap ngan slow..
tuk kali ke-3 baru la faham
"akak..akak boleh tolong tak..Card bank saya kene telan,Saya nak balik wangsa maju..boleh pinjam 5 inggit tak?"
"saya baru sampai kat sini..tak tau jalan"

Aku yg blur "ooohhh..jap" tapi tangan dah bawa kuar purse dan kuarkan 5 not seringgit..Nape ntah leh kesian kat mamat nie.
"Camner saya nak ganti balik..??akak bg no acc bole.. or saya tggu akak kat sini esok.." dia keluar kan duit syiling dari poket dia..
Dalam hati aku, Nak tuka duit plak ke.. rupanya dia nak bg syiling2 tu kat aku.. confirm la tak amik,
tadi kata nak pinjam nie nak bagi syiling plak..
Aku cakap kat dia "Takpe la..saya ikhlas, tak yah ganti"..lepas dia ckp terima kasih..terus aku jalan , tapi bile tgk belakang dah tak de dah
mamat tu..
laju giler ko jalan..mesti tak saba nak balik rumah kot..dah bape lama kat klcc ntah & dah bape orang ko tanya agaknye..


Tiba2 plak aku leh teringat Bang Bang Boom Raya..sekmen Terima kasih.. oh berharap ada org nak bg not RM50 ke RM100 di hujung bulan
dengan poket tengah kering nie..

Tapi sampai naik tren..takde pon org datang bagi duit..haha..lawak betul boleh terfikir camtu..
Tak pe la yg penting ikhlas..kan..kan..

p/s:tengah siapkan entry pasal puasa & raya.. pemalas betol sekarang nie..

Thursday, September 9, 2010

Syawal 1431H



Esok semua umat Islam bakal menyambut 1 Syawal.. Syukur Alhamdullilah Ramadhan tahun nie berjalan dengan lancar walaupun berbadan dua..

Dikesempatan ni I dan En Naie mengucapkan..


Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin..