Sunday, September 26, 2010

12 weeks

Syukur Alhamdullilah.. Dah 12 minggu rupanya..pejam celik sekejap je 3 bulan..Dan semua nye berjalan dengan lancar.. Setakat nie masih tak de loya2 or muntah.. bersyukur sangat.. Baby baik sangat erkk...




Minggu 1

Bayi ::> Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

Anda ::> Anda digalakkan makan lebih banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari.
Asid folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti spina bifida.

Minggu 2

Bayi ::> Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari.
Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh pada endometrium.

Anda ::> Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan kalsium
termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

Minggu 3

Bayi ::> Selepas tiga minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm.
Gen mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

Anda ::> Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju.
Namun terdapat beberapa jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.
(time nie cuma ada tanda2 cik P jer)

Minggu 4

Bayi ::> Pada minggu ini, akan kelihatan bentuk awal otak dan tulang belakang.
Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)

Anda ::> Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti
sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan
(memang sangat kuat tido..)

Minggu 5

Bayi ::> Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan.
Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.

Anda ::>Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan
senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.
(takde senamannye..asyik nak tido jer)

Minggu 6

Bayi ::> Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi
dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk.
Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Anda ::> Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi.
Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.
(so far takde lagi)

Minggu 7

Bayi ::> Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang.
Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.

Anda ::> Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu,
jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.
(pening2 selalu sangat)

Minggu 8

Bayi ::> Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk.
Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal.
Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang.
Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Anda ::> Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif.
Lelehan faraj juga makin banyak.

Minggu 9

Bayi ::> Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Anda ::> Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami.
Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.


Minggu 10

Bayi ::> Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain
jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Anda ::> Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa.
Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Minggu 11

Bayi ::> Majoriti organ bayi sudah terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang
ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.

Anda ::> Ketidakselesaan yang dialami membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan
diri jika ada kesempatan.
(Saya sangat active time nie..hahaha)


Tengok tuu.. perut dah nampak ;)

0 Comments:

Post a Comment