Saturday, November 27, 2010

I missed U..

Salam uols...

pernah dengar lagu Rindu Serindu Rindunya ~ ala yg nyanyi by kumpulan SPOON tu la..
Jum nyanyi sikit part chorus dia..
......
Rindu … rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh…oh
Pilu … pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli...


Malu … semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu … semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci...
........
Haa..dah nyanyi tu mesti dah ingat la tu.. =)

Bile sebut rindu je.. mesti kat BF, kat suami, family, friends.. or someone yg rapat ngan u kan..

but for me No..nO..No..
bukan with En Naie.. Dia ada dalam rumah nie..nak rindu apa nya..
family pun baru jer jumpa..
kawan2..kalo tak jumpa kat luar..kami berjumpa di alam maya..haha

sebenarnya I rindu sangat dengan previous job.. erm..adakah ni tanda2 cinta berputik kembali!!!

Oh..TIDAK mungkin... oK..

I sangat happy dengan job sekarang..
 - Masuk office 8am - 5pm.. 5pm sharp2 I dah balik.. ;)
 - No standby..
 - No stayback...
 - Apply leave pun senang & confirm approve nye
 - No calling-calling during holiday/weekend
 - Weekend I rehat serehatnya..

tapi I RInDU lol..

I RInDU bile masuk office, phone sure berbunyi.. "Hye girl, need ur help lol!!", "Girl, urgent"
sekarang.. masuk office, I buka FB dulu..Waaaaa...
I RInDU bile masuk office, dapat email.."URGENT".."URGENT"
sekarang.. buka email office kosong..buka yahoo, notification from FB je penuh..
I RInDU bile masuk office, I dah tau apa nak buat..
sekarang.. I kene tuggu my lead bg kerja, kalo takde mean I kene buat bodo..8 jam buat bodo susah jugak :(
I RInDU nak wat programming.. java, jsp, oracle, plsql, .net, sql
sekarang.. I cuma buat documation..meeting..some configuration.. tak mencabar lansung ok..
I RInDU dengan kerja yang bertimbun.. sampai pening nak buat yang mana satu..semua urgent
sekarang.. I cuma dengar "takpe,this one not urgent"..

Ermmm..tapi bile RInDU ini akan berlalu pergi yer..

p/s: bape banyak RInDU daaa...
Sekian

Friday, November 26, 2010

OCtober 2010.. Edisi Jeruk...

Akhirnya I berjaya juga men-compile-kan activities bulan October ke dalam satu entry.. nak wat satu-satu..confirm basi terus la entry ni..
Ala lewat sebulan je nie..stil OK kan..kan =)

Jom kita tengok activity I dan En Naie buat tuk bulan Oct nie..semua nya pasal makan..makan..makan and its free..hehehe..

03-10 Aek&Ika Weeding
Si Aek ni member Naie.. I tak sangka dia minta En Naie amik kan gambar weeding dia..Dan paling I tak percaya dia nak kitaorg amik outdoor photoshoot diaorg..
aduii.. sangat mencabar bg mummy yg membawa perut ni..
dahla time tu I pakai baju kurung and high heel..uikk sampai harini I rasa kaki sakit...


Congrats Aek & Ika!!

10-10 Zira's Weeding
Tarikh keramat kan... 10.10.10.. Cantikkan tarikh nie..sama cantik ngan pasangan pengantin..

Actually I and Cik Ajune dah berkampung kat rumah akak Zira dari hari Jumaat(08-10-10)..Apa kitaorg buat?? tengok hasil berkampung kat rumah Zira ;)
Cantik kan?? mesti la..penat tau nak wat nie..

Zira nikah 09.10.10 malam, tapi I and Cik Ajune tak dpat nak join..kami keletihan yg amat.. tapi sempat lagi singgah makan ayam penyet sebelum balik rumah..
dah sampai rumah terus tido la...

picture sebelum majlis nikah..

The 'B' day...yeah!!! happy dapat jumpa semua kawan-kawan.. yang jauh dan dekat.. malas tulis panjang2.. tengok gambar jum..

The cake and pelamin..

Zira.. with si comel and Hubby

of coz la with us

Apa2 pun tahniah Pn Zira & En Somi...

16-10 TY's House Warming
(my x-boss, tapi sekarang jadi my manager kat new office..hehe)
Erm.. yang menarik kat sini, first time boss I buat makan makan camni.. Kalo kat office, dia selalu kuar lunch sorang2.. pelik jugak..


16-10 Zira's Weeding lagi..!! (sebelah lelaki)
Zira lagi... atas jemputan Zira, kami dengan suke hati datang makan... bab makan mane boleh tolak kan!!!
majlis berlangsung sebelah malam..1st time gi kenduri malam nie ..


To Zira.. Congrats lagi sekali...

29-10 Kenduri kesyukuran & Solat Hajat
Yang nie takde la kira makan free..I kene kuar bajet jugak..hehe
Tapi gambar tak bnyak..nie semua adik I yang ambil~kan.. time ni busy membantu apa yang patut..ye ye je tu.. hehe
(gambar nanti I upload yer)

Banyak kan activity bulan October..tapi disebabkan ke~malas~an I tak dapat nak update kat blog nie..
Takpe, next time I akan berusaha update kat blog secepat mungkin yer!!

Sekian

P/s: click kat gambar to enlarge...

Tuesday, November 23, 2010

2nd Checkup - UKMSC & 20 weeks

Happy sangat aritu gi 2nd checkup ngan Prof Hatta.. and I tak sabar nak jumpa baby..
Actually I jumpa doctor last week hari Isnin tapi baru nak post kat sini..hihi

Syukur Alhamdullialah, I dan baby sihat..takde apa2 yang mencurigakan.. hopefully everthing ok sampai baby keluar =)


Ni gambar baby..say Hii!!! masa nak capture gamba nie..dia tengah main cak..cak.. nasib baik doc sempat snap time nie..

comel tak??


I dah 20 weeks.. tgk screen capture ni.. ada 20 weeks to go.. chayok!!chayok!!




I dah rasa Baby bergerak.. rasa nak lompat2..leh tak..??
Baby sangat active awal pagi..sampai tido pun tak lena sangat sekarng nie..
Pastu time makan.. boleh rasa tendangan kecil kat perut.. dah pandai minta makanan nie..
Tak kisah la..janji baby happy..

Kat bawah nie details tuk minggu ke-12 ke minggu ke-20 :-

Minggu 12

Bayi ::> Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik
kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk.
Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.

Anda ::> Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20.
Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.

Minggu 13

Bayi ::> Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya
sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Anda ::> Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”.
Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan
urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.

Minggu 14

Bayi ::> Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah.
Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.

Anda ::> Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum.
Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul
kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala,
tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.

Minggu 15

Bayi ::> Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan.
Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan.
Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan
jantung dan bunyi perut anda.

Anda ::> Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen.
Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar.
Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.

Minggu 16

Bayi ::> Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus.
Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.

Anda ::> Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah.
Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara.
Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.

Minggu 17

Bayi ::> Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina.
Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.

Anda ::> Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping
kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan.
Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.

Minggu 18

Bayi ::> Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak.
Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang
setelah terdengar bunyi kuat.

Anda ::> Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin
mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu
peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.

Minggu 19

Bayi ::> Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi.
Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.

Anda ::> Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling
ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.

Minggu 20

Bayi ::> Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair
amniotik semasa berada dalam kandungan.

Anda ::> Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain.
Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya
tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing.
Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur.
Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan,
elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.

SPM.. All The best!!!



Hari pertama SPM... GOOD LUCK to all SPM candidates...

Terutama buat adik sendiri, buat yang terbaik ye..
- Jangan banyak berangan jer tau..
- Jangan main-main..
- Jangan meniru..
- Jangan gabra..

*nie adik saye..sape2 nak kenal bg no phone nanti I pass kat dia..hehehe..*



Apa apa pun banyak banyak DoA & SMiLE.. \(^_^)/ & All da Best...!!


Sekian ..

Sunday, November 21, 2010

Eid Al-Adha & I-City,Shah Alam

Selamat hari Raya Korban tuk semua pembaca blog yg beragama ISlam...So camne raya uols erk??

Tahun nie I & En Naie raya di KL jer.. tak de ape persiapan yg grand pun.. Tahun ke-2 I tak beraya di kampung.. Sedihnya tak semeriah di kampung & tak dapat makan lemang & rendang..

Tahun lepas beraya dihospital disebabkan I kene operate coz of appendicitis.. memang I jadi korban la time tu.. dah la kene operate..pastu kene tahan 3 hari plak..

Tahun ni plak tak de cuti..Raya plak di tengah weekday, hari Rabu..camne nak balik Maran yg sejauh 4 jam perjalanan tu.. huhu

Harap2 tahun depan dapat la balik kampung..


Apa2 pun I tetap plan sumthing for En Naie tahun nie..(dah lama tak masak..selalu masak simple2 jer)
masak laksa ngan puding roti.. ~sowey gambar lupa snap..penat sangat sampai boleh terlupa..ishk.~

Kenapa laksa..rasanya paling senang kot.. susah time nak sediakan bahan jer..lepas kuah siap..yg lain tu potong2 jer..

Source : Mr Google


Alhamdullilah laksa habis..kira sedap gak la tu.. first time wat laksa sorang2..2 kilo laksa tau..
selalu mak yg masak, I jadi tukang sedia bahan hiasan jer..Yela setakat hiris hiris..potong memotong tu En Naie pun boleh buat..kan..kan..

Tu la..dulu-dulu malas nak masuk dapur.. sekarang nak makan kene beli..beli mean u kene kuarkan $$.. Nak taknak kene gak belajar masak..huhu
susah juga bila tak duk bawa ketiak mak abah nie.. :(



Sebelah malam nya kitaorg keluar ke I-city...Berjumpa cik Abel, Cik Bett dan Pn Zira & husband..of coz la En Naie ada..peneman I yg setia tuu.. =)
Dah lama tak gi I-city..rupanya parking dah kene bayar.. RM 10 ok..!!(kalo berani leh parking kat luar..tapi sape sanggup jalan jauh tu..)
Dah la kete banyak..last2 kitaorg park kat tepi jalan je..dekat n tak yah pusing2...

Lepas tu ada tempat2 yg dah kene caj.. RM 2 inggit sorang.. tapi takde la apa2 yg menarik pon..huh!!!
kalo u ada tiket parking tu..u boleh masuk free..(make sure u bawa tiket tu..kalo tinggal dlm kete tak guna la yer..)
tapi limit 1 tempat and max 5 people jer..giler tak cOOl!!!


Ape pun jom layan gambar di I-city...

Sementara menunggu ketibaan Zira & Hubby

Bergossip jer erk!!


Pasangan pengantin baru


~Kami~


Sekian... with love ;)

Sunday, November 7, 2010

CH day 2

Hari ke-2 kat CH..
malas nak taip panjang2... jom layan gambar jer la... =)

Breakfast di Food Court Brinchang..roti telur dan teh tarik..dalam suasana sejuk gile.. Memang sedap..

Pasar Pagi Brinchang

Pusing Taman Sedia

Tanah Rata
Cameron Valley lagi.. amik gambar je.. tak singgah minum pun..sbb nak gi BOH..


Boh Tea Estate..

Lata Iskandar

Best cuti walaupun 2 hari jer...

Saturday, November 6, 2010

CH day 1

Disebabkan cuaca yg tak mengizinkan di pagi Sabtu, perjalanan kami tertunda 2 jam.. kul 9 baru gerak keluar dari Felda trolak..
Perjalanan dari Exit Sungkai ke Tapah cuma ambil masa dlam 15 minit..
From Tapah ke Ringlet dan Tanah Rata perjalanan ok tanpa sebarang jam teruk..cuma jalan yang berbelit2 a bit memeningkan..
nasib baik la I tak de alah..kalo tak mau En naie kene layan I wekk!!wekk!! plak

Akhirnya kitaorg sampai CH..
Tempat persinggahan pertama, En Naie ajak singgah minum di Cameron Valley.. Disebabkan angin yg sangat sejuk..air tea panas la yg sesuai..
Kami tak turun di ladang teh sbb nak kejar masa ke Brinchang..;)

Cameron Valley
Perjalanan lagi beberapa KM nak sampai bandar Tanah Rata tapi sangkut disbbkan terpaksa mengekor lori Shell.. lepas dari bandar Tanah Rata, perjalanan sekali lagi sangkut
dengan jam teruk ke Bandar Brinchang.. Jalan 1 lorong di bandar menyebabkan lagi teruk jalan jam..
Kami teruskan ke atas sampai ke Bee Farm..nak naik sampai rose valley..tapi tak larat nak tempuh jam lagi.. jom tgk gambar di hari pertama di CH

HONEY BEE FARM
Lunch- biasa je..tapi kene mahal jugak..nak wat camne..pelancong kan!!


BUTTERFLY FARM
KEA FARM



Hotel Jasmine,Brinchang
I lupe nak amik gambar di hotel nie..sbb tak menarik kot..haha so gambar ni I curi dari En google..lebih kurang camnie ler bilik nya..
Tapi hotel ni En Naie suke, Astro ada ESPN (dia boleh layan bola plak!!!)

Source : Mr Google

Petang tu hujan lebat di Brinchang..dan kitaorg tido jer la kat hotel..hihi

Malam tu kami makan kat Nik Ikan Bakar , seronok dapat makan ikan bakar & tomyam..=)
Lepas tu kitaorg Jalan2 di Bandar Brinchang dan disebabkan hujan dah berhenti, kami ke Pasar Malam Brinchang..tapi gambar takde, kata kan hujan..

Thursday, November 4, 2010

Cameron Highland-2

Ok.. kali ni nak cerita camne nak kesana.. ape nak buat kat CH and tempat2 menarik di CH tu..
Sambil tu kita leh cari and share serba sedikit info pasal CH..


Perjalanan ke CH..
Ada 4 jalan utama kalo nak ke CH

1. ikut exit Tapah(Perak) - Pekan Ringlet > Tanah Rata > Brinchang
2. ikut exit Simpang Pulai(Perak) - kg raja > kuala terla (pkn kecik) > tringkap (pon pkn kecik)> brinchang > tanah rata
3. ikut Gua Musang(Kelatan)
4. (Terbaru)ikut Raub(Pahang) > Felda Koyan > Pekan Ringlet > Tanah Rata > Brinchang

Pilihan kami :
Di sebabkan kami akan balik ke kampung En Naie dulu, so perjalanan kami cam di bawah nie
(Jumaat)KL > Trolak >(Sabtu) Tapah > Pekan Ringlet > Tanah Rata > Brinchang
Kenapa Tapah :: Sebab En Naie cakap dekat sikit..


Accommodation
Kalo ikut kan banyak pilihan kat CH ni.. bajet hotel..Hotel(0-5 star).. apatment..penthaouse,Banglow,bilik sewa...or bercamping..hehe

Tapi disebabkan kami cuma berdua..pilihan terbaik hotel je la..
Hotel list ni tak up-to-date..so sowey le kalo pilihan korang takde dlm nie..

Tanah Rata

1 Heritage Hotel
2 Father's Guest House
3 Cameronian Inn
4 Hill View Inn
5 Jurina Lodge
6 Twin Pines
7 BB Inn
8 The Highlanders
9 Daniels Lodge
10 Kavy Hotel
11 Roselane Hotel
12 Downtown Hotel
13 Cool Point Hotel
14 Century Pines Resort
15 Bala's Chalet
16 Desa Anthuruim Apartments
17 Puncak Arabella Apartments
18 Prima Villa Apartments
19 Carnation Park Apartments
20 Royal Lily Apartments



Brinchang
1 Star Regency
2 Green Garden
3 Hill Garden Lodge
4 Chua Gin
5 Country Lodge
6 Rainbow Hotel
7 Sentosa Hotel
8 Jasmine Hotel
9 Kowloon Hotel
10 Brinchang Hotel
11 Parkland Hotel
12 Rosa Passadena
13 Pines & Roses Hotel
14 Iris House Hotel
15 Sri Juliana






Pilihan kami : Hotel Jasmine, Brinchang

Activiti menarik di CH:
ladang teh -(Cameron valley or Boh Estate)
jalan-jalan -(Bee Farm, Butterfly Farm, Rose Valley, Catus valley)
Shopping -:Bukan shopping complex ya: (Kea Farm, Pasar malam Brinchang, Pasar pagi Brinchang)
Makanan - (Banyak Chinese restaurant.. tapi kalo atas tu cari la halal steamboot or tomyam..makan time sejuk mmg sedap)
jangan luper starwberry - (Starwbery Farm:atas bnyak kat atas tu:,Taman Sedia,Ais cream strawberi, Strawberry Moment Cafe)
dan banyak lagi activity yg leh buat kat atas tu..

Pilihan kami : takde plan pun.. =)


harap ada info yg berguna for uols or bole gi kat sumber kat bawah nie.. ;)


Sumber:
http://www.cameronhighlands.com
http://indahnyacameronhighlands.blogspot.com
http://smallstory4u.blogspot.com/2007/01/there-are-lot-of-mountain-at-cameron.html