Actually I jumpa doctor last week hari Isnin tapi baru nak post kat sini..hihi
Syukur Alhamdullialah, I dan baby sihat..takde apa2 yang mencurigakan.. hopefully everthing ok sampai baby keluar =)
Ni gambar baby..say Hii!!! masa nak capture gamba nie..dia tengah main cak..cak.. nasib baik doc sempat snap time nie..
comel tak??
I dah 20 weeks.. tgk screen capture ni.. ada 20 weeks to go.. chayok!!chayok!!
I dah rasa Baby bergerak.. rasa nak lompat2..leh tak..??
Baby sangat active awal pagi..sampai tido pun tak lena sangat sekarng nie..
Pastu time makan.. boleh rasa tendangan kecil kat perut.. dah pandai minta makanan nie..
Tak kisah la..janji baby happy..
Baby sangat active awal pagi..sampai tido pun tak lena sangat sekarng nie..
Pastu time makan.. boleh rasa tendangan kecil kat perut.. dah pandai minta makanan nie..
Tak kisah la..janji baby happy..
Kat bawah nie details tuk minggu ke-12 ke minggu ke-20 :-
Minggu 12
Bayi ::> Jantung bayi berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik
kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk.
Termasuk kukunya. Bayi sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin.
Anda ::> Berat badan anda akan bertambah kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu ke-20.
Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga berbanding minggu- minggu sebelumnya.
Minggu 13
Bayi ::> Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan bibirnya
sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Anda ::> Perubahan ’saiz’ rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”.
Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan
urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.
Minggu 14
Bayi ::> Organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah.
Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Anda ::> Katakan selamat tinggal kepada morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum.
Jika beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini, keseronokkan hubungan seks itu muncul
kembali dan mungkin lebih baik daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia kala,
tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada suami.
Minggu 15
Bayi ::> Tulang rangka bayi sedang giat berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan.
Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan.
Ketika ini, dia sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan
jantung dan bunyi perut anda.
Anda ::> Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan oksigen.
Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar.
Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.
Minggu 16
Bayi ::> Bayi semakin kerap bergerak. Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus.
Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.
Anda ::> Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah.
Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara.
Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.
Minggu 17
Bayi ::> Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina.
Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
Anda ::> Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping
kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan.
Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.
Minggu 18
Bayi ::> Kulit bayi ketika ini masih lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak.
Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang
setelah terdengar bunyi kuat.
Anda ::> Ketika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin
mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu
peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.
Minggu 19
Bayi ::> Sama seperti anda, bayi dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk dalam gusi.
Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal juga muncul.
Anda ::> Saat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling
ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda.
Minggu 20
Bayi ::> Vernis iaitu sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair
amniotik semasa berada dalam kandungan.
Anda ::> Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain.
Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya
tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu yang asing.
Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan injap pada pintu masuk perut mengendur.
Kesannya, asid perut kembali semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini tidak berlarutan,
elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu pedas ataupun bergoreng.
0 Comments:
Post a Comment