Monday, December 13, 2010

3rd Checkup UKMSC & 24 weeks

Pejam celik dah 6 bulan bawa baby dalam perut.. Harini nak gi jumpa baby lagi.. seronok betol baby harini, masa tunggu nak jumpa Prof, asyik menendang je erk.. tapi tengah scan dia leh duk diam plak..  pandai yer!!

Hasil perjumpaan ngan doctor
Berat I : naik 3 kg jer.. sekarang baru 55kg..(tak mau sampai 60kg tapi bole ke?? ada 3 months lagi nie..)
Berat Baby.. 763g (cam besar and berat je..)
Lain-lain..semua ok..

Oh kali ni jumpa doctor dah tau gender.. ermm tak malu tol baby ni.. terang2 dia tunjuk..hihi..
Uols teka la boy ke girl based on picture kat bawah tu.. ;)


Pic kiri : muka baby.. En Naie kata tang hidung sama cam dia..
Pic kanan : cuba teka Boy ke Girl ;)

Sekarang baby sangat active.. tendang2 pusing2..
Kadang rasa senak perut..
Kadang tu perut besar sebelah..
Kadang tu macam ada bonjol-bonjol..
Kalo time lepas makan lagi teruk..terus jadi malas nak gerak..


Perut pun makin membuncit.. seram gak nie dah hampir ke 3rd trimester..
Doakan semuanya selamat..Aminn..
 ~InsyaAllah~


Perubahan Minggu ke 21 - 24:-

Minggu 21
Bayi ::> Si kecik kini sebesar kira-kira sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda mula mencari
nama terbaik untuknya.
Anda ::> Pada minggu ini badan anda berupaya menerima makanan lebih daripada biasa.
Jadi, jangan terlalu banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin meningkat.
Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam darah.

Minggu 22
Bayi ::> Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.
Anda ::> Minumlah segelas jus oren setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan tersebut diserap dengan banyak dan mudah.

Minggu 23
Bayi ::> Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.
Anda ::> Jika tangan dan kaki bengkak, jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di akhir-akhir
minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.

Minggu 24
Bayi ::> Bayi semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya.
Degupan jantung bayi sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa.
Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin
dalam perut ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan muzik atau lagu.
Anda ::> Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini.

Next appointment 3-Jan-2011..tak sabar jumpa baby next year ;)

~Daaa.. (^_^)\/

p/s : uols tau kat mana nak scan 3D/4D.. ukmsc mahal sangat la.. ;(

0 Comments:

Post a Comment