Mr Google 16-June-2011
Nak cerita sikit pasal gerhana bulan pagi tadi..
"Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi Angkasa Negara.
Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap. "Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.
"Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.
Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tertidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap."
-Bernama-
sumber lain :
Bernama
Mr Google
0 Comments:
Post a Comment