Saturday, July 24, 2010

Mmperkuatkan Hbungan

Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita tak kira siapa pun sebenarnya adalah yang mencintai kita kerana kelebihan kita dan menerima kita kerana kelemahan kita. Dan sudah pastilah orang ini ikhlas dalam menyayangi diri kita... INSYA ALLAH

Tersentuh bila membaca cerita dibawah.. bnyak betul kekurangan diri sendiri..


Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:


"Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita",
katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.


"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".


Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.
Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.


Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.

"Saya akan mulai dulu ya", kata suami
Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat ...

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah saya harus berhenti?" tanyanya.

"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.


Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan
manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,


"Sekarang giliran sayang membacakan senaraimu".


Dengan suara perlahan isterinya berkata,

"Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku.
Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu.
Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau sangat baik bagiku.
Tiada satupun daripada peribadimu yang ku dapati kurang ..."



Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya...bahawa isterinya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis ...

p/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,
carilah kekurangan sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?.. Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... wallahualam

0 Comments:

Post a Comment