Wednesday, February 29, 2012

Semalam - 28 Feb 2012


main air.. comel ker??

Monday, February 27, 2012

Homemade Pavlova.. Pavlova Resepi..

Dah lama nak cuba buat Pavlova ni.. Ingatkan susah nak buat.. rupanya senang yang amat..
Uols pun patut cuba jugak tau..
Pavlova ni sedap makan tapi manis dia

Resepi ni I amik kat sini ye.. ada tips yang uols kene ikut.. jangan Derhaka plak.. =)
Irmadilondon
mymekar.com

Pavlova Resepi
=============
Bahan-bahan :
4 biji putih telur sahaja (I guna 5 bijik)
1 cawan gula kastor (1 guna 3/4 je)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus (i guna gula icing 2 sudu)
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara  : Pukul putih telur sehingga setengah kembang.
            Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya.
            Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Masa ni kacau dengan spatula/senduk kayu
            perlahan-lahan.

           Tuk buat topping: Pukul cream dengan gula dan vanilla sehingga kembang.

Jum tengok gambar hasil tangan I
Pukul..pukul sampai kembang ye..

Dah kembang transfer ke tempat membakar..

Tunggu la sejam setengah camtu..

dah siap bakar.. cantik takk??

Now sapu ngan topping plak

DAH SIAPP!! yeah dihiasi dengan buah2..

last sekali
:
:
:
:
:
:
:
:
:



:
:
:
:



ok stop




last one... sape nak???

     -Thank You..-

Thursday, February 23, 2012

Adik Faris Meninggalkan Kita..

Inna Lillaa wa innaa Ilaihi Rajiiun.

Salam semua..

Kepada yang perihatin mesti terperasaan kisah Adik Faris Nur Daniel... I memang terniat nak buat entry pasal beliau.. tapi ketentuan Allah, dia dah pergi dulu.



Adik Faris akhirnya meninggalkan kita.... Takziah pada ibubapa Allahyarham Faris Nur Daniel.

AlFatihah..

Sejak jadi Mama Aqeel, I cukup tersetuh dengan kisah2 yang berkaitan bayi..anak..apa saja pasal budak kecik.. Naluri ibu kan..

tapi takde sapa boleh lawan kehendak yang Esa.. Semoga ibubapa Allahyarham Faris tabah menghadapi dugaan ini..

I tak sanggup buat enry pasal Allahyarham Faris. Uols boleh baca kat sini ya..
http://www.mazidulakmal.com/2012/02/airmata-faris-mengalir-sebaik-menutup.html

http://www.mazidulakmal.com/2012/02/faris-telah-pergi-buat-selamanya-al.html

http://www.mazidulakmal.com/2012/02/faris-amat-kritikal-sekarang.html


DaripadaNya kita datang, KepadaNya kita kembali..



     -Thank You..-

RotaVirus

Salam semua..

Baru baru ni kan ada berita pasal budak meninggal duni disebabkan Rotavirus di Perak.. Tapi time tu I just masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

Tapi masa lunch tadi my friend cerita, one of our friend, anak dia ada kat hospital sebab Rotavirus.. terus I mengoggle pasal virus ni.. *risau ok.. dah jadi ibu harus peka dengan menda2 camni*.
Dan anak dia bukan org 1st yang kene..rupanya ada anak member I (lepas chinese new year) pun kene jugak.. so parent berhati2 la bile bagi anak makan, minum or main.

pic ; Mr Google

Apakah rotavirus? 
Rotavirus adalah virus (kuman) yang boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk, biasanya dengan
demam dan muntah-muntah


Simptom penyakit rotavirus?
- sakit perut dan muntah-muntah,
- sering demam,
- cirit-birit


Gejala Dehidrasi-
- Letih/lesu
- Bibir dan lidah kering
- Tiada air mata ketika kanak-kanak terbabit menangis
- Mata cengkung
- Ubun-ubun cekung (melengkung ke dalam)
- Sangat dahaga
- Kencing kurang


Rawatan untuk rotavirus
- produk minuman yang mengandungi air dengan gula dan garam mineral.
- kes yang teruk, cecair badan digantikan dengan cecair khas (terapi  rehidrasi oral)
Untuk mempercepatkan penyembuhan anak daripada jangkitan virus, beri anak minum air menggunakan sudu atau cawan sekerap mungkin


Mencegah penyakit rotavirus?
Jangkitan Rotavirus sukar dibasmi sepenuhnya kerana virus itu mudah merebak. 
Bagaimanapun, kanak-kanak boleh dilindungi dengan pemberian vaksinasi untuk 
jangkitan Rotavirus yang perlu diambil pada usia enam minggu dan perlu dilengkapkan sebelum bayi berusia enam bulan.


Ada dua jenis vaksin dalam pasaran iaitu pengambilan dua dos atau pengambilan tiga dos. Walaupun vaksin ini tidak termasuk dalam program imunisasi kebangsaan, ia masih boleh didapati di hospital swasta.


En Google:
Metro
Utusan
KJN Johor
medicinenet

Ngantuk :(

Pic Aqeel masa berusia 1 month


Gara gara Aqeel tido lambat malam tadi , Mama Aqeel ke office dengan mulut yang asyik menguap..
*ada jugak I tertido atas laptop jap lagi..huhuhu*

Aduii haii Aqeel jangan buat lagi tau, esok mama nak kene bangun awal tau..

2 activity penting esok :
1. CEO Address 2012 (company event)
2. Motherhood Expo 2012 (mengedik je nak pergi sini..huhu)

Dua dua pun tempat yang sama so sambil menyelam minum air.. lagipun esok Friday.. leh la lambat2 masuk office...*jahat giler mama Aqeel ni*
Ok jumpa uols kat Kuala Lumpur Convention Centre ya...!!!


     -Thank You..-

Monday, February 13, 2012

PANDUAN MENDIDIK ANAK


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi

Kongsi info: NurulAmir

Monday, February 6, 2012

Sepetang di CH

Sepetang di Cameron Highland.. memang sepatang pun, tak tipu nya kitaorg bertolak dari Trolak dah kul 11pagi.. sampai kat CH pun dah 2pm..memang tak banyak tempat pun kitarang singgah.. Menggatal kan mama Aqeel ni.. suke hati je nak jalan jalan kat mana mana..

InsyaAllah nak pergi lagi..hope time tu Aqeel dah jalan sendiri..huhuhu

Jum layan je gambar yang sedikit ni.. ada lagi dalam Iphone.. malas nak tunggu en Naie transfer..
Aqeel dlm kete.. good boy time ni.. =)
tempat perhentian pertama : Apa nama tempat ni erk.. luper plak nak snap

Aqeel : Abah nak..nak..

tempat ke -2 kitaorg singgah beli sayur kat Kea farm.. takda gambar plak.. pastu dapat menda menan tuk Aqeel.. sebenarnya mama Aqeel yg berkenan, dah ler oren color..huhu
mainan Oren..

Nie last place kitaorg singgah.. ladang tea.. sebelum balik ikut Simpang Pulai..


Makan malam.. tak ingat nama kedai.. 

Tu la cerita sepetang di CH.. next time kita gi tido kat CH plak yer..!!



     -Thank You..-