Thursday, February 23, 2012

RotaVirus

Salam semua..

Baru baru ni kan ada berita pasal budak meninggal duni disebabkan Rotavirus di Perak.. Tapi time tu I just masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

Tapi masa lunch tadi my friend cerita, one of our friend, anak dia ada kat hospital sebab Rotavirus.. terus I mengoggle pasal virus ni.. *risau ok.. dah jadi ibu harus peka dengan menda2 camni*.
Dan anak dia bukan org 1st yang kene..rupanya ada anak member I (lepas chinese new year) pun kene jugak.. so parent berhati2 la bile bagi anak makan, minum or main.

pic ; Mr Google

Apakah rotavirus? 
Rotavirus adalah virus (kuman) yang boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk, biasanya dengan
demam dan muntah-muntah


Simptom penyakit rotavirus?
- sakit perut dan muntah-muntah,
- sering demam,
- cirit-birit


Gejala Dehidrasi-
- Letih/lesu
- Bibir dan lidah kering
- Tiada air mata ketika kanak-kanak terbabit menangis
- Mata cengkung
- Ubun-ubun cekung (melengkung ke dalam)
- Sangat dahaga
- Kencing kurang


Rawatan untuk rotavirus
- produk minuman yang mengandungi air dengan gula dan garam mineral.
- kes yang teruk, cecair badan digantikan dengan cecair khas (terapi  rehidrasi oral)
Untuk mempercepatkan penyembuhan anak daripada jangkitan virus, beri anak minum air menggunakan sudu atau cawan sekerap mungkin


Mencegah penyakit rotavirus?
Jangkitan Rotavirus sukar dibasmi sepenuhnya kerana virus itu mudah merebak. 
Bagaimanapun, kanak-kanak boleh dilindungi dengan pemberian vaksinasi untuk 
jangkitan Rotavirus yang perlu diambil pada usia enam minggu dan perlu dilengkapkan sebelum bayi berusia enam bulan.


Ada dua jenis vaksin dalam pasaran iaitu pengambilan dua dos atau pengambilan tiga dos. Walaupun vaksin ini tidak termasuk dalam program imunisasi kebangsaan, ia masih boleh didapati di hospital swasta.


En Google:
Metro
Utusan
KJN Johor
medicinenet

0 Comments:

Post a Comment