Friday, May 25, 2012

Non-Malay Perdana Menteri??

As Salam,

Apa pandangan uols bila non-malay jadi Perdana Menteri Malaysia??



Fikir fikir kan la yer!!
Sumber : theSun  22 May 2012

Thursday, May 24, 2012

HR Steak House, Kg Baru

As Salam...

Kali ni kita nak jalan jalan cari makan.. Jum pergi HR Steak House Kampung baru..
Pernah dengar ke..???  HAAAA TAK Pernah??
So uols adalah tergolong  dalam kategori yang sama dengan I.. Pada yang pernah sorry la I ketinggalan sikit :)

Yes ni first time la I datang sini memang sebelum tak pernah perasan pun ada restorant ni.. sedih btol.. T_T..
Camne nak perasan sign board dia ntah kat mana, malap je kedai nya.. Tapi restaurant sebelah tu lip lap lampu dia..
Tak banyak pun gambar yang I amik, sibuk ngan Aqeel makan dlam gelap.. so layan jer la...


HR Steak House.. Western Station American Food...


Menu.. Pandai la uols besarkan yer..


Chicken Grill

ni apa ntah nama dia..

Chicken Combo.. ayam..kambing ngan udang..

yang ni pun lupa..


Pada I makanan dia ok.. sedap.. cuma biase biase jer yer..

Lagi satu a bit lembap yer.. lama sangat nak tunggu lap meja.. amik order.. nak sampai pun lambat.. makan pun ala ala tak cukup cahaya jer..
Tapi lain2 tu ok jer..makanan pun murah.. so leh la cuba.. :)

Address : HR Steak House, No. 56, Jalan Raja Alang, Kampung Baru

Map ke HR Steak House

Surat Untuk Datin Sri Rosmah Mansor

As Salam

Jumpa surat ni dalam facebook.. Jum  baca sama sama..
Tak tahu la kesahihan surat ni.. maybe betul or maybe dibuat dengan sengaja.. Sila la nilai sendiri ya..
*tiba tiba emo T_T*



Assalamualaikum Datin Seri.

Saya Muhammad Muizzudin bin Zaini
Julai 2011 lalu, genaplah usia saya 19 tahun.

Saya perkenalkan diri, sebagai remaja yang ingin tahu. Apa jua medium yang termampu saya pergunakan, saya usahakan sebaiknya agar saya dapat mengikuti perkembangan semasa, khususnya berkenaan negara Malaysia yang tercinta ini.

Iya, Datin Seri. Umur saya, sangat muda. Kedudukan saya, jauh benarlah kiranya dibandingkan dengan Datin Seri. Namun, saya yakin dan percaya, andai umurlah yang menjadi penentu kelayakan seseorang untuk bersuara, tidaklah layak sama sekali untuk suami Datin Seri memegang amanah pentadbiran negara sekarang, kerana di luar sana terdapat ramai yang lebih tua usianya!

Tegas saya, saya adalah remaja yang memerhati. Saya tidak mahu, sekadar menjadi manusia yang kerjanya memuaskan tembolok sendiri. Tidak juga hanya terpaku di bilik darjah, ‘menelan’ buku teks sekolah. Saya percaya, erti hidup pada memberi!

Datin Seri Rosmah Mansor yang saya hormati,
Saya pohon jutaan kemaafan, andai surat kecil ini menyinggung Datin Seri. Saya tidak berniat untuk menyakiti hati Datin Seri, jauh sekali memburuk-burukkan. Surat kecil ini, hanyalah usaha kerdil saya, menyampaikan isi hati. Ia hanyalah suara hati dan pandangan seorang anak muda.
KASIH SAYANG KEPADA RAKYAT

Datin Seri,
Pernah suatu pagi, saya dibawa ibu untuk menziarahi jenazah anak tunggal seorang jiran kami. Kanak-kanak kecil itu, baru berusia 6 tahun. Khairani namanya. Runtun rasa di hati, sebaik melihat keadaan rumah tempat tinggalnya kanak-kanak itu bersama ibunya. Saya cuba membayangkan, bagaimanalah andainya hujan lebat menimpa bumbung rumah itu. Atapnya berlubang-lubang, hinggakan saya fikir memadai dengan cahaya matahari yang ‘mencuri’ masuk melaluinya untuk menyinari ruang dalam rumah daif itu. Saya terpaksa melangkah berhati-hati, kerana lantainya berkeriut dan goyah sekali.

Hadir insaf dan syukur di dalam hati saya, bahawa betapa saya memiliki hidup yang jauh lebih baik dan selesa berbanding ramai lagi rakyat kebanyakan.

Di sekolah, saya punyai rakan-rakan yang sulit sekali melangsaikan yuran bulanan asrama. Bukan culas, bukan malas, tetapi kesempitan hidup menyukarkan mereka. Adik-beradik ramai yang masih bersekolah, ditambah taraf hidup dan kos keperluan yang kian meningkat dari sehari ke sehari, semuanya membebankan!

Datin Seri,
Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?

Apakah tiada langsung rasa bersalah di hati Datin Seri? Rasa bersalah kerana tinggal hanya untuk semalaman tetapi dengan kos yang boleh menyamai lebih kurang pendapatan selama 66 bulan bagi 40 peratus rakyat Malaysia! 40 peratus inilah rakyat yang pendapatan bulanan bagi setiap keluarga adalah lebih rendah daripada RM1500 sebulan. Bahkan setiap 3 daripada 4 keluarga ini, adalah sebangsa dengan Datin Seri, bangsa MELAYU!

Atau apakah Datin Seri tidur dengan lena malam itu?

Hingga hari ini, sudah bertahun saya tidak ke restoran Pizza Hut, McDonald dan seumpamanya. Kerana cukup dengan hanya melihat dari jauh, hadir rasa pilu mengenangkan saudara-saudara seagama, anak-anak muda seusia saya atau kanak-kanak, wanita dan orang tua yang dibunuh kejam di Palestin oleh rejim zalim Israel hasil sumbangan restoran-restoran ini.

Ia dipanggil, kasih sayang Datin Seri. Maafkan saya, tetapi saya terpaksa bertanya, apakah tiada langsung walau secebis pun rasa kasihan kepada rakyat Malaysia yang hidup serba kesusahan? Rakyat yang terpaksa melupakan impian dan keinginan kerana kesempitan hidup, namun terpaksa pula menanggung kos penginapan Datin Seri dan rombongan di luar negara untuk hanya semalaman!? Bayangkan pula kos penerbangan untuk keseluruhan rombongan selain daripada penginapan!

Peningkatan kos sara hidup waktu ini, sangatlah membebankan. Suami Datin Seri berterusan meminta seluruh rakyat berjimat, sedangkan isterinya? Hasil tindakan kerajaan pimpinan suami Datin Seri, mengurangkan subsidi untuk rakyat terbanyak sedangkan untuk para taukeh-taukeh besar dikekalkan, juga ‘penyelarasan-penyelarasan’ harga, teramatlah menyulitkan kami semua.

Sungguh Datin Seri, kami sangat terbeban meskipun harga petrol dinaikkan walau beberapa sen. Ia akan mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Harga makanan, pakaian, kos pengangkutan dan semuanya akan semakin menyulitkan kami. Saban hari, saya melihat ibu mengeluh kerana gajinya sukar sekali untuk disimpan, ia sekadar mencukupi untuk setiap bulan.

Kami rakyat tidak meminta Datin Seri turut menaiki kereta biasa atau tinggal di rumah biasa seperti kami. Hanya yang kami rakyat pinta, supaya Datin Seri dan suami menyelami hakikat kesukaran yang terpaksa kami tempuhi.

Malangnya, tindakan Datin Seri berbelanja mewah begini adalah sama sekali tidak menggambarkan Datin Seri dan suami bersama-sama kami. Sungguh, ini amat mengecewakan saya. Sukar sekali untuk saya mewajarkannya. Maafkan saya Datin Seri, sungguh ia tidak dapat saya terima.

Datin Seri yang saya hormati,
Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!

Apakah Datin Seri tidak menyedari, bagaimana kemarahan yang telah Datin Seri cetuskan? Nama RasuluLlah SAW yang mulia dihina sebegitu rupa! Namanya cukup mulia, hinggakan apabila disebut namanya, dikira manusia yang paling kikir sekiranya tidak dipanjangkan nama itu dengan selawat ke atasnya. Tiba-tiba, nama itu dihina sebegitu rupa! Bahkan, Datin Seri yang menghadapi teguran, kritikan, kecaman dan tunjuk rasa langsung tidak memohon maaf. Langsung tidak!

Sedangkan para Ulama’ masih berbahas, bagaimana cara paling baik untuk mengagungkan Manusia Mulia ini, tiba-tiba Datin Seri kelihatan meredhai perbuatan yang jelas MENGHINA Baginda Nabi SAW!

Sebenarnya, Datin Seri sudah dari awal menunjukkan kecekalan Datin Seri melanggar syariat Allah. Datin Seri tidak menutup aurat, bersentuhan, berlaga pipi dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram yang disepakati sekalian Ulama’ sebagai perbuatan yang HARAM!

Menyentuh anjing atau khinzir, hukumnya juga Haram. Namun, hilang kotornya dengan perbuatan menyamak. Malangnya, tiada apa yang mampu ‘membersihkan’ haram dan kotornya nya menyentuh lelaki ajnabi kecuali
API NERAKA!

Lalu, dengan semua perlakuan Datin Seri, apakah mungkin Datin Seri fikir kami rakyat akan menerima dakwaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan pimpinannya berusaha keras berjuang demi Islam dan bangsa. Sedangkan isterinya sendiri, tidak memelihara Akhlak dan Syariat Islam, juga adab-adab kesantunan Melayu malahan!

RAKYAT MENGIKUTI PEMIMPIN MEREKA
Kata ahli hikmah, “Agama manusia itu, di atas Pemimpin mereka”. Tinggi sahsiahnya, baik akhlaknya, ikhlas hatinya, patuh dan taat kepada Allah, maka begitulah jua rakyatnya. Rakyat akan terpengaruh dengan ketua mereka.
Malaysia hari ini, dalam keadaan yang benar-benar dahsyat bagi saya. Setiap masa perlu di dalam keadaan berjaga-jaga, kerana penjenayah menunggu kita alpa. Gerun saya melihatkan kanak-kanak yang bermain sendirian di halaman rumah, bimbang kalau-kalau ada manusia busuk hati yang berniat jahat kerana jenayah hari ini langsung tidak mengenal beza usia!

Budaya Hedonisme melampau. Nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan. Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu. Tidak kekok mengogok arak di pesta-pesta jamuan nafsu. Saban hari ada sahaja kes bunuh bayi lewat pergaulan tanpa batas! Hari ini, remaja mati dengan sia-sia. Samada mati dalam ketagihan najis dadah, atau kemalangan dalam perlumbaan haram!

Bahkan seribu satu lagi, penyakit-penyakit sosial yang sedang membarah, membusuk di dalam negara tercinta!
Bukanlah saya menuding jari kepada Datin Seri dan suami, saya akui malahan, bahawa Datin Seri kelihatan cuba berusaha sedikit sebanyak bagi menangani masalah-masalah ini. Namun, hakikatnya, keadaan rakyat sesuai dengan keadaan pemimpinnya!

Manusia yang jelas disabitkan kesalahan rasuah, diangkat menjadi pemimpin! Manakala pemimpin lain yang mengkritik tindakan ini, di arah supaya tutup mulut dan diambil tindakan! Apa sudah jadi pada negara!? Sedangkan Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

Pemimpin negara tidak memelihara adab pergaulan Islam, tidak memelihara batas aurat, berbelanja boros tanpa timbang rasa kepada rakyat, justeru, bagaimana mungkin kita mengharapkan yang baik-baik daripada rakyat?

Saya gerun melihat perkembangan ini, Datin Seri. Hari ini, kita mengeluh kerana ramainya anak-anak luar nikah yang didaftarkan. Bayangkanlah, apa yang mungkin kita keluhkan 5 atau 10 tahun akan datang!

Antara sifat agama kita, INQILABIYYAH Datin Seri. Ertinya, adil dan zalim mustahil begerak seiring. Kebenaran dan kebatilan sama sekali tidak akan bercampur. Syariat Islam dan yang bercanggah dengannya, pasti tidak akan ditemui titik temu antara keduanya. Justeru, Datin Seri berusahalah sehebat manapun untuk memperbaiki masalah sosial, gejala buang bayi dan sebagainya, selagi suami dan kerajaan Datin Seri terus mengesampingkan hukum Allah, dasar Allah, syariat Allah, maka Datin Seri tidak akan BERJAYA! Berani saya kata!

Bagaimana tidak? Datin Seri berusaha mengelakkan masalah bunuh bayi yang kita semua maklum ia bermula daripada pergaulan bebas, sedangkan hub hiburan malam, lesen judi dan konsert-konsert mega sebenarnya adalah penyumbang besar kepada masalah ini! Kerajaan pimpinan suami Datin Seri, umpama membina dan meruntuhkannya semula. Bina dan runtuh, kemudian bina dan runtuhkan lagi. Itulah kitarannya.

KUASADatin Seri ke luar negara untuk bertemu pemimpin negara luar, pernah juga Datin Seri menyambut kehadiran Perdana Menteri luar negara ke Malaysia, dana RM111 juta untuk PERMATA, pertemuan First Lady dan liputan-liputan meluas setiap aktiviti Datin Seri di media dalam dan luar negara, itu bagi saya menunjukkan yang Datin Seri seolah-olah punya kuasa di dalam pentadbiran negara.

Justeru, sebagai anak muda yang penuh persoalan di minda, saya bertanya dengan baik, bagaimana ini semua berlaku? Sedangkan, kami rakyat tidak pernah melantik Datin Seri sebagai pemimpin negara. Suami Datin Seri yang memimpin kerajaan yang telah dipilih rakyat melalui proses Pilihan Raya! Atau apakah dengan hanya menjadi isteri kepadanya, menjadikan Datin Seri turut berkuasa?

Datin Seri pasti tahu, berkenaan kebangkitan rakyat yang menyemarak di Timur Tengah. Kerajaan yang tidak bertimbang rasa diterjah dan dihalau rakyat! Antara isunya ialah bagaimana berkuasa dan kaya rayanya isteri kepada pemimpin-pemimpin yang telah tumbang itu.

Saya cintakan negara saya. Tidak sanggup saya melihat negara porak peranda, namun, kiranya Datin Seri berterusan mengikut jejak langkah isteri-isteri pemimpin yang tumbang itu, maka mungkin Datin Seri dan suami boleh menerima nasib yang sama. Kami rakyat semakin tidak tertanggung lagi dengan tekanan-tekanan kewangan dan keperluan hidup sekarang!

Datin Seri,
Surat ini bukanlah ancaman, bukan juga ugutan. Ia sekadar luahan rasa, nasihat dan pandangan yang cuba seorang anak muda sampaikan. Ingin benar saya ingatkan, kedudukan yang Datin Seri nikmati hari ini, adalah kerana rakyat memilih suami Datin Seri. Kuasa di tangan kami, untuk menentukan jatuh dan bangunnya Datin Seri dan suami. Dan sebenarnya, kami rakyat hanyalah ‘jalan’ bagi Allah untuk mengatur ketentuan ini, Allah jualah yang meletakkan kekuasaan kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Justeru, berbaiklah dengan kami. Patuhilah suruhan Allah. Kami tidak pinta lebih, sekadar bertimbang-rasa untuk kami.

Datin Seri yang dihormati,
Surat ini mungkin sampai ke tangan Datin Seri. Mungkin sampai sendiri, atau terhenti di tangan pembantu-pembantu Datin Seri atau tidak mampu hampir sama sekali. Kiranya ia selamat sampai ke tangan Datin Seri, saya pohon maaf, kalaulah surat kecil saya ini mengguris rasa Datin Seri. Maafkan saya, kalau ia kerana kesilapan-kesilapan bahasa dan cara penulisan. Namun, andainya Datin Seri terasa hati kerana menerima teguran, tidak akan saya pohon maaf untuk itu! Teguran ini adalah benar, justeru tiada apa yang perlu saya risaukan dengan kebenaran. Ia pasti menang dan tertegak

Monday, May 21, 2012

Cara Buat Ikan Pekasam

As Salam..


Sambungan dari Encik Naie nak makan Ikan Pekasam.. Sila baca kat SINI

Teringin gak nak tau camne nak buat Ikan Pekasam ni.. I pun Google la cara buat Ikan Pekasam.. Senang je uols.. leh la cuba erk!!





Sumber : En Google




Cara Membuat Pekasam: 

Bahan-bahannya: 
2 pot susu beras 
20 ekor ikan (puyu/sepat/lampam) 
1 cawan garam 
Cara membuatnya: 
Basuh ikan sehingga bersih dan gaulkan bersama garam. kemudian peramkannya selama dua malam. 
Serbuk Pekasam 
Goreng beras tanpa minyak sehingga kekuningan dan biarkan selama 15 minit. Kemudian mesin atau kisarnya sehingga hancur. 
Selepas itu, beras yang telah hancur diayak dan ambil hasilnya. Keluarkan ikan yang telah dua malam diperam dan gaulkan bersama serbuk tersebut. 
Peram semula selama dua malam dan setelah itu boleh dimakan. 


Selamat Mencuba ye uols..!!





Masak Ikan Pekasam

As Salam

Huiss tiba tiba je En Naie nak makan ikan pekasam.. apala mengidam kot..
Semlam kat pasar Sungkai dapat la satu pek ikan pekasam. tapi my MIL tak masak la plak.. so arini kene masakan tuk dia.

Oh I bukan peminat ikan pekasam ni. maybe bau dia tu kot..busukkk ;)

Ok la jum sama sama masak ikan pekasam ni.. senang je..
Ikan Pekasam yang baru keluar dari freezer..


BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan pekasam

1 bji bawang besar (I guna separuh jer)
3 biji cili kering


CARA MEMASAK :
1. Hiris bawang besar dan potong cili kering kecil kecil.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan pekasam dahulu sampai garing yer dan angkat ikan pekasam ni.
3. Pastu goreng bawang besar dan cili kering , goreng sampai bawang menjadi layu .
4. Angkat bawang dan cili serta terus taburkan ke atas ikan pekasam yang sudah di goreng terdahulu tadi.  5. Sedia untuk hidangkan



So ni la hasil nya.. Jum mamam...

 Nota penting: JANGAN BASUH ikan pekasam.
Selamat Mencuba!!!


Friday, May 18, 2012

Gold Coast Morib Resort - Birthday Promo

Penat!!! penat tau, kitaorg baru je balik dari bercuti.. Mama ngan Abah bawa Aqeel gi Gold Coast Morib Resort sempena birthday Mama..

Ecceeeh macam la bercuti jauh sangat.. Sejam je perjalanan dari rumah nie.. I mean dari KL yer..

Aisshhseyy tak pernah dengar erk?? Gold Coast Morib Resort ni terletak di Banting Selangor yer..
Oh jangan tersilap dengan Gold Coast Sepang yer..Yang tu kat Bagan Lalang.. I pun confused gak haritu..hehe.. Berangan nak stay kat tempat mahal =)

Gold Coast Morib ni dalam 500M daripada Pantai Morib dan lebih kurang 10KM dari Banting. Bagi I tempat ni sesuai nak rehat.. rehat.. dan activity dengan anak.. sebab ada water park.. giler cool kan!!!

Ni Pakej yang I beli kat Gold Coast Morib


Kenapa I pilih pakej ni..
1..Sebab beli tuk birthday I.. nama dia pun Birthday Promotion..hehe
2. Sebab u akan dapat 1 Room, 2 Breakfast, 2 Water Theme Park, 2 Dinner Buffer , 1 Birthday cake, 1Gift  and 1Certificate(Malaysia Book of Record)
Yeah..banyak kan..kan..kan \(@_@)/

Ok la banyak cakap plak..layan gambar gambar kat Gold Coast.

Pandangan dari pintu masuk..

Katil King size

Shuuu.. tingkap tempat mengendap nie..

TV dan Meja

Toilet dan Almari


Sape sape nak beli pakej Birthday, leh la beli kat SINI. takpun uols boleh pergi web Gold Coast Morib.

Dari bilik kitaorg tingkat 7


Alamat : Gold Coast Morib Resort PT 294, Kawasan Kanchong Laut, Mukim Morib, 42700 Banting, Selangor.
Reservation Tel: 03 - 3198 1028 Email: reservation@goldcoastresort.com.my

Next entry nanti I cite activity kat sana yer...

Thursday, May 17, 2012

Air Asia Free Seat!!

As Salam,

Air asia tengah wat SALE... Tapi mama Aqeel tak tau nak gi mana???
Jum lawat Air Asia kat SINI


Monday, May 14, 2012

Happy Birthday Mama Aqeel..


Happy Birthday to ME 
Happy Birthday to ME 
Happy Birthday Dear
Happy Birthday to ME...


Thanks pada semua yang wish kat Facebook... sms.. email.. =)
Mama Aqeel dah tua rupanya..uhukkk..uhhuukk!!!!

Sunday, May 13, 2012

Happy Mother's Day

As Salam Masuk bulan May... semua pun akan bercerita pasal mak, mama, ibu, umi, mum, Mother atau apa saja la yang uols panggil tu seorang perempuan yang telah melahirkan dan membesarkan uols..

Jum lihat Mak-Mak I... Selamat Hari Ibu tuk semua ya =)

 Mak En Naie..aka My Mak Mertua

My Mum.. or Mak..

Last sekali mesti la I.. Mama Aqeel

Lagu fav dulo-dulo sampai la sekarang.. nak tunggu Aqeel nyanyi lagu ni la :

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu


So apa lagi kawan kawan.. jum la sama sama 


It's Time To Say I Love Mum


Wednesday, May 9, 2012

Ira, Perempuan Kejam Pukul Bayi

As Salam

Uols... Harini terkejut sangat sangat tau.. bila check FB, tengok ramai member yang post pasal seorang perempuan yang pukul bayi dengan bantal.. Kesian budak tu dah kene pukul ngan bantal pastu kene cubit, tendang lagi..

Sangat lemah dah budak tu. Kenapa la seorang perempuan sanggup wat camni kan??
Tapi pada i bukan perempuan tu je kejam, orang yang merekod tu pun sama lagi kejam. Ada ke patut takat sebut nama je.. then sudah..sudah.. Apa salah dia selamatkan bayi tu...

Video daripada youtube dah diremove.. Pada yang belum tengok boleh la tengok kat sini...




Tapi ulos jangan salah sangka tau.. kes ni dah lama budak tu pun dah besar yer.. Tapi sebagai pengajaran/ ikhtibar ibu bapa kene la sedar dalam dunia ni tak de yang mustahil.

Ye la hanta anak kat pengasuh tak semesti nya anak selamat walupun kadang kadang kita percaya sangat kat seseorang tu.. yang penting hati hati uols..

Copy daripada FB

Ya Allah lindungilah kami, keluarga kami , anak2 kami dari orang orang yang zalim... Amin...

Monday, May 7, 2012

Blog AididMuaddib kembali..

Salam,

Rasanya ramai dah tahu sebelum ni blog ni kene remove macam entry I kat SINI.

Harini I terbaca yang blog AididMuaddib dah boleh masuk semula. Tapi banyak entry yang dah diremove dari blog ni terutama entry untuk tahun 2012.

Maybe sebab system sara 1 M'sia tu kot..

Lagi cerita yang banyak kat google sekarang pasal http://iknowhoyouaidid.blogspot.com/
Blog ni ada menyatakan dia mengenali AididMuaddib.. sejauh mana cerita tu I pun tak tahu.. maybe uols boleh baca dan nilai sendiri.. (errmmm cara penulisan dia cam budak budak plak..sape la manusia yang create blog ni..)
Siap ada gambar AididMuaddib lagi dalam tu..


To AididMuaddib, kalo betul u dah open blog tu sila la update.. sepatah dua kata pun ok jer..

To sape sape yang belum baca blog http://aididmuaddib.blogspot.com/ sila sila la terjah erk.. =)

Friday, May 4, 2012

Pernikahan Scha dan Awal Ashaaril!! Mana..Mana??

As-Salam,

Majlis pernikahan Scha Al Yahya dan Awal patutnya disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria pada jam 9:00 Malam.. Tapi tunggu tunggu sampai 20 minute iklan.. Siap kene tegur ngan adik..

Pastu tiba tiba leh plak ada Gala TV.. Menci..Menci..Geram sungguh!!!
Apa lagi buka FB Astro memang ramai yang complaint...Satu tanda tak baik selepas dorang dapat anugerah Best of The Best..



Uols pun mesti kene kan...:(

Buat Team ASTRO, sekurangnya bagitau la ada kesilapan technical or apa2 la.. Jangan la bagi peminat tertunggu-tunggu...

"Menerusi Twitter Astro Awani, mereka memaklumkan berlakunya masalah teknikal terhadap aplikasi Live menyebabkan siaran langsung pernikahan Awal Scha ditutup lebih awal daripada yang dijadualkan."

Untuk peminat yang hampa...jum layazzz gambar kat SINI

Comel kan dorang nie..suke suke..